征稿已开启

查看我的稿件

注册已开启

查看我的门票

已截止
活动简介

Sejarah sosioekonomi dilihat sebagai bidang yang kurang diberi perhatian oleh sejarawan Malaysia disebabkan fokus berlebihan kepada isu dan perkembangan politik. Senario sebegini tidak wajar dipandang ringan memandangkan perubahan yang dialami oleh sesebuah masyarakat dari aspek sosioekonomi merupakan indikator yang penting dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negara. Perubahan sosioekonomi masyarakat Malaysia boleh dikesan sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila faktor-faktor seperti agama islam, perdagangan, kepimpinan dan peranan cendekiawan merupakan elemen utama  yang mempengaruhi proses dan anjakan landskap sosial di era tersebut. Walau bagaimanapun, abad ke-19 tetap dilihat sebagai era yang menyaksikan perubahan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang lebih ketara berbanding abad sebelumnya. Selain disebabkan terdapatnya rekod-rekod yang lebih komprehensif dalam menjelaskan perubahan yang berlaku, Khoo Kay Kim dalam kajian klasiknya The Western Malay States merumuskan bahawa satu faktor yang mengubah struktur masyarakat negeri-negeri Melayu mulai pertengahan abad ke-19 ialah kerana kehadiran British. Menurutnya, kuasa-kuasa seperti Portugis dan Belanda tidak meninggalkan impak yang besar. Malah Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya ke Kelantan, turut mengakui bahawa perubahan yang berlaku pada abad ke-19, telah mewujudkan suatu dunia baru. Kepesatan perubahan dan kemajuan pada dekad terawal abad ke-20 secara langsung telah mendorong peralihan yang ketara pada sistem nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia. Tenaga yang mendorong kepada segala peralihan tersebut berpunca daripada kemajuan yang berlaku dalam aspek-aspek seperti pendidikan, infrastruktur, perundangan, kaedah pengeluaran, teknologi dan urbanisasi.

Masyarakat Malaysia sesungguhnya telah melalui perubahan yang drastik pada era pasca merdeka. Perubahan tersebut didorong oleh pengenalan beberapa dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional serta Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, kepesatan kemajuan selepas merdeka telah mewujudkan senario uneven development dan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa dualisme ekonomi zaman British masih berterusan hingga ke hari ini. Jika sebelum ini kemiskinan merupakan fenomena luar bandar, namun hari ini kemiskinan didapati telah menular ke bandar dan menimbulkan masalah baru. Masalah-masalah seperti jenayah, pengangguran, gangterisme dan gejala tidak sihat lain yang dialami  oleh kaum minoriti  adalah kesan kebanjiran penduduk luar bandar ke  bandar yang dihimpit dengan kemiskinan dan gejala sosial baru. Realiti ini diakui dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Antara lain Rancangan ini ingin mengubah kelompok yang berada di bawah garis kemiskinan dan isi rumah di bawah 40% yang berpendapatan bulanan kira-kira RM 2,500 (miskin bandar) yang juga dikenali sebagai Bottom 40 (B40). Dianggarkan 2.7 juta penduduk Malaysia berada dalam kategori ini. Keperluan mengkaji bidang sosioekonomi menjadi lebih penting apabila kerajaan telah menandatangani dokumen “Transforming our World: The 2030 Agenda for Sustainable Development” di New York pada September 2015. Dokumen ini merupakan bukti komitmen kerajaan dalam melaksanakan dasar sosioekonomi yang bersifat inklusif. Dalam konteks ini, perkembangan penulisan sejarah sosioekonomi yang mencakupi tempoh abad ke-19 sehingga ke hari ini wajar diketahui oleh pelbagai pihak yang berkepentingan memandangkan penulisan tersebut mampu menjadi indikator utama kepada sebarang perancangan untuk masa hadapan.

征稿信息
留言
验证码 看不清楚,更换一张
全部留言
重要日期
  • 会议日期

    11月23日

    2016

    11月24日

    2016

  • 11月24日 2016

    注册截止日期

联系方式
移动端
在手机上打开
小程序
打开微信小程序
客服
扫码或点此咨询